Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) Sdn Bhd dan Invest Selangor Berhad sekali lagi telah melancarkan Kempen Selangor E-Bazar Raya 2021 bersama Shopee dan Lazada.
Kempen ini merupakan kempen keempat dalam tempoh satu tahun bertujuan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro menerapkan digitalisasi dalam perniagaan mereka untuk terus bertahan dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar pasca pandemik Covid-19.
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan baucar diskaun bernilai RM2 juta untuk penjual-penjual yang menyertai kempen Selangor E-Bazar Raya 2021 ini untuk menarik lebih ramai pembeli dan seterusnya meningkatkan jualan peniaga.
Selain itu, kempen ini juga turut menyediakan platform yang selamat untuk pengguna membeli pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan secara atas talian terutamanya dalam menyambut parayaan Aidilfitri yang bakal tiba.
Kempen ini akan bermula dari 15 April sehingga 29 Mei 2021. Peniaga PKS dan peniaga mikro perlulah mendaftar di platform SHOPEE dan LAZADA untuk menjadi penjual dalam kempen ini.
Syarat utama adalah alamat perniagaan mesti berdaftar di negeri Selangor beserta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Shopee dan Lazada.
Pencapaian kempen Selangor E-Bazar CNY 2021
(1 Februari – 7 Mac 2021)