+603-5521 8580 info@sidec.com.my

Pada 2 April 2019, telah berlangsungnya kelas EC201 BM (Pengurusan Produk) di Pusat Digital Kreatif Selangor, i-City, Shah Alam. Seramai 79 peserta telah menghadiri kelas pada sesi ini.

Jurulatih bagi modul EC 201 BM ialah Zulkifli Abdullah, yang merupakan CEO Bomstart Media Sdn Bhd. Beliau telah menyampaikan pembentangan berkenaan Strategi Pengurusan Produk. Sebagai seorang veteran dalam industri pemasaran, Abdullah mempunyai pengalaman dalam pengurusan klien dari pelbagai bidang.

Bagi bahagian pertama, Abdullah menekankan tentang kepentingan mencari keperluan yang sesuai dengan produk, serta kriteria-kriteria yang menentukannya sebagai produk pemenang. Antara kriteria yang ditekankan adalah merupakan nilai dan keunikan tersendiri produk tersebut kepada pasaran. Keunikan produk pemenang boleh ditafsir apabila ia mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran serta mempunyai keunikan tersendiri. Hal ini kerana produk yang unik mempunyai kurang pesaing, dan berpotensi menjadi produk penanda aras dalam pasaran. Dengan adanya nilai yang tinggi, ia mampu menarik minat lebih banyak lapisan pelanggan.

Selain itu, beliau turut menerangkan lebih banyak contoh berkenaan ciri-ciri produk pemenang. Antaranya termasuk:  

Produk dengan kitaran jualan singkat, merupakan produk yang boleh dibeli secara berterusan oleh para pelanggan dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan pelanggan baru. Hal ini dipengaruhi oleh jualan yang bergantung kepada High Repeat Orders.

Produk Niche Blue Ocean, adalah merupakan produk yang mempunyai kurang pesaing dan mematuhi konsep ERRC Blue Ocean, iaitu Eliminate, Raise, Reduce, Create.

Turut ditekankan adalah produk yang mensasarkan pelanggan yang berumur 25 ke 34 tahun, serta produk bagi wanita, bayi dan kanak-kanak.

Market Validation

Setelah menjelaskan tentang kriteria produk pemenang, Abdullah kemudiannya bercakap mengenai pengesahan pasaran. Beliau mementingkan perkara ini agar sesuatu produk tersebut bukan sahaja akan mempunyai permintaan yang tinggi, tetapi turut dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Bagi mengesahkan nilai produk, beliau mencadangkan penggunaan platform seperti Instagram, Carousell, Facebok atau Mudah.my bagi tujuan pemasaran dan penjualan produk. Setelah itu, pasaran sesuatu produk tersebut dapat dinilai jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai produk tersebut.

Menentukan Model Perniagaan dan Pembekal

Abdullah kemudiannya menerangkan antara beberapa model perniagaan yang boleh dilihat dan ia terdiri daripada:

  1. Affliate
  2. Dropship
  3. Agen atau Stokis
  4. Jenama sendiri ( Pengasas)

Dengan menentukan jenis model perniagaan, ia akan mempengaruhi cara sesebuah perniagaan mendapatkan bekalan dan stok kerana setiap model perniagaan mempunyai proses pengambilan stok yang berbeza.

Sebagai contoh, jika model perniagaan seseorang adalah jenis Affliate, Dropship dan Agent / Stockist, maka bekalan atau stok perlu dibeli daripada pemilik jenama tersebut.

Manakala jika pemilik perniagaan berhasrat untuk menghasilkan produk jenama sendiri, maka bekalan stok dan bekalan perlu diperolehi daripada sumber seperti kilang OEM. Antara sumber bekalan lain yang digunakan adalah termasuk Alibaba.com. Abdullah turut menceritakan pengalamannya dalam usaha mendapatkan stok dan bekalan dari laman web e-dagang dari China.

Abdullah kemudiannya mengakhiri sesi latihan dengan menerangkan antara aspek penting lain dari sudut pengurusan produk, termasuk terma pembayaran, pengurusan stok, pembungkusan dan penghantaran produk.

Pada penghujung sesi latihan, penceramah Nidzam, Pakar Pemasaran Jenama dan Pengasas Brandhack berkongsi beberapa tips mengenai produk penjenamaan manakala Imtiyaz Subhi, Pengurus Pemasaran untuk UMMA & NITA, Cosmetics berkongsi bagaimana mereka  melakukan pengurusan dan pemasaran produk.

Product Management Class Shares Strategies To Elevate Sales


On 2 April 2019, the EC201 BM class on Product Management (Pengurusan Produk), held at the Selangor Digital Creative Centre in i-City, Shah Alam, saw a turnout of 79 people.

The main coach for the EC 201 BM class was Zulkifli Abdulah, CEO of Bomstart Media Sdn Bhd, whose presentation was on product management strategy. A 10 year veteran in digital marketing,   Abdulah has had experience in in managing clients in various niches.

For the first part, Abdullah highlighted the importance of finding a fit for a business’ product and the two angles which will determine if it is a winning product. The two angels he highlighted are its value to the market and uniqueness. The hallmarks of a winning product he said, was when it scored high in value in a high market and uniqueness. This is because a unique product will have less competitors, and is likely a leader in the market and trendsetter while its high value would mean that it appeals to a wider range of customers.

Aside from that he also highlighted other examples of winning product. Among them include:

Products with a short sales cycle which are products that can be continuously bought by customers and would not require a high cost in getting new customers as the sales can be reliant on High Repeat Orders,

Niche Blue Ocean products, which are products with little to no competition and follows the ERRC concept of Blue Ocean which means; Eliminate, Raise, Reduce Create,  

Also highlighted were products targeting the age range of 25 to 34 year olds, products targeted at women and products specifically for babies and toddlers.

Market Validation

After explaining about what makes a winning product Abdullah proceeded to elaborate on market validation of products. He says why this needed to be done is to ascertain that a product not only has market demand but is also priced properly.

To validate the value of the product he suggested using channels like Instagram, Carousell, Facebook or Mudah.my and placing the product and the planned selling price onto the platforms. After that, wait and see if there are inquiries and from there one can gauge if that particular product has a market.

Deciding on a Business Model and Supplier

Abdullah then proceeded to highlight different business models that can be looked at and they consists of:

  1. Affliate
  2. Dropship
  3. Agent or Stockist
  4. Own brand (Founder)

By deciding what sort of business model one wants to do, it will then affect how a business would get its supplies and stock as different business models tend to have different stock taking processes.

For example, if one’s business model is of the Affliate, Dropship and Agent/Stockist kind, then the supplies or stock would need to be purchased from the brand owner.

Whereas if the business owner intends to go the own brand route, then a relevant supply of stock and supplies would need to be sourced from places like an OEM factory. Other supply sources that were used as examples included Alibaba.com, where Abdullah also proceeded to highlight his experience in sourcing stocks and supplies from the Chinese e-commerce website.

Abdullah then proceeded to wrap up the coaching session by highlighting other important aspects of product management including payment terms, stock management, packaging and delivery of products.

Near the end of the coaching session, speakers Nidzam, the Brand Marketing Scientist and Founder of Brandhack shared some tips on branding products while Imtiyaz Subhi, Marketing Manager for UMMA & NITA, Cosmetics shared how the brand did their product management and marketing.